pujaan hati

May 31, 2012

kekusutan dunia..leraikan dengan kembali padaNya

Assalamualaikum my blog and my readers if have la..huhu

Saya sebenarnya susah hati yang tak tahu la macam mana nak bagi tahu. Saya tahu je penyelesaiannya tapi tak tahu la kenapa masih bermain-main dalam fikiran saya dan menyusahkan hati saya. Ada benda ke ikut saya? syaitan dan jin memang la sentiasa ada di sekitar kita kan. Allah & malaikat pun semestinya peneman sejati saya. hehe... Tapi tak tahu la kepala saya jadi susah berfikir ni kenapa. otak saya ada masalah ke? Saya ada migrain ke? macam xde sebab saya tak pernah pun pengsan pasal masalah sakit kepala. Cuma mestilah xboleh nak fikir kalau setiap kali berfikir kepala ni sakit. Ya Allah.....

Saya juga nak cerita sakit hati saya ni. Dahlah kalau saya marah tak boleh dah nak susun ayat. macam-macam ayat nak keluar tapi tak jadi. Benarlah marah itu api dan sesungguhnya syaitan itu dari api. Mungkin baiklah bertenang sahaja. Semua orang pun ada perasaankan. Kadang-kadang suka, kadang-kadang sedih, kadang-kadang marah,benci dan macam-macam rasalah.

Tapi walauapa pun berlaku adalah atas kehendak Allah. Jika niat setiap yang kita lakukan kerana Allah pasti hasilnya atas kehendakNya dan diharapkan hasil itulah yang Allah redhai walaupun nampak macam buruk dan menyakitkan hati sendiri. Kita kena yakin dengan Allah dan jangan sesekali mengalah sehinggalah nyawa bercerai dari badan. Hidup ini adalah dalam usaha kita untuk mencari atau kekal dalam jalan Allah. Oleh itu selagi saya hidup, saya harap Allah akan tetapkan hati saya padaNya. sekalipun ada cinta insan-insan lain, ibu, bapa, adik-beradik, saudara sekali dan pemilik rusuk kiri ini sekalipun yang paling utama dihati adalah Allah. Itulah doa saya. Amin.



Hati selalu berkata
walaupun mulut tidak berbicara
hidup ini penuh bahagia
hari-hari masih boleh ketawa
tiap pagi pun sinar masih lagi terang
malam masih nyeyak dalam mimpi
masih boleh duduk tenang lepas oatak penat berfikir
perut berisi lagi walaupun duit tiada

Cukupkah diri bersyukur
kenapa risau dengan tiada
apalah nak dicemburu dengan tuah orang
biarkanlah orang mengata

Hidup ini ini perlu buang taksubnya
bersederhana selalu
jangan lokek kongsi tuah
jauhkan rasa bangga diri
yakin dengan pendirian diri
sentiasa dengar nasihat yang benar
berhati-hati selalu
setiap detik ingatlah Allah sepenuh hati
Bersyukurlah menjadi hambaNya
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

--
saling menginngati sesama saudara. Jaga diri baik-baik..

sambung nanti. InsyaAllah..