pujaan hati

April 13, 2011

tangan buruk

Ini kisah saya yang sebenarnya ada alahan dari kecil atau lebih tepat sejak lahir. Ingat mak ada cerita saya selalu kena bisul. dari kecil selalu pegi klinik untuk buang nanah dan bersihkan luka. kesian mak.. susah nak besarkan saya nie. bersambung... study dulu~~ sambungan...
kalo dulu kaki senang je kena infection. selalu je kena cagu dan berdarah. ingt dulu sampai xnak pegi sekolah tadika sebab takut kena pijak dengan budak len. Yela kan budak2 suka berebut-rebut time nak masuk kelas. Sampai satu hari kena attend petandingan melukis cikgu jemput sebab saya taknak pergi... last2 saya pergi juga dan dapat johan pertandingan tuh. tu la 1st time dapat hadiah dari sekolah.

Dari kecil saya sangat merendah diri dan pemalu. sebenarnya pada awal saya seorang periang juga dan selalu je bermain dengan kawan-kawan jiran rumah. Tapi bila tengok diri yang yang banyak kudis dan selalu sakit saya pun susah nak bermain. saya selalu tengok budak-budak main berlari-lari. Cuma ada 2 orang budak yang ajak saya untuk bermain bersama mereka masa tuh. Mereka masih kawan saya sehingga sekarang:) Saya pun tak tahu kenapa saya sangat malu dan rendah diri untuk berkawan. sedangkan saya seorang yang pandai dalam pelajaran. Tapi saya tak terfikir dan merasa tinggi dengan kepandaian saya tu. Bagus juga terhindar dari perasaan riak. Alhamdulillah:)

Tak cukup kaki, jari tangan pula tiba-tiba tumbuh bintik air kemudian bernanah dan berdarah. Sampai saya susah menulis tapi saya tetap ke sekolah dan pergi ke sekolah dengan tangan berair tu. Saya menulis dengan rasa pedih dan sakit tu. Pergi klinik Dr tak balut sebab katanya nanti lagi lambat baik. Hari-hari menangis sebab sakit masa cuci luka dan bila malam Allah sahaja tahu sakitnya. Akhirnya, saya makan pun terpaksa guna sudu. Itu masa darjah 4 kot dan pertama kali makan guna sudu sangat kekok. Mak la yang cerai-ceraikan ikan supaya saya senang nak makan:) Pegang sudu pun tak betul time tu.

Saya time sekolah rendah meja tu memang da macam kaunter pertanyaan. Sampai kerja sekolah saya sendiri tak boleh buat. Semua sibuk mintak ajar. Masa tu tiada rasa dengki atau sakit hati sebab orang kawan hanya sebab nak ajar diorang. Sucinya rasa hati masa tu. Walau kena buli tak da rasa dendam langsung. Yela duk diam-diam sorang mana tak budak lain suka kacau kan. Jangan ingat saya penakut. Saya ada kawan back up dan kami lawan bersama habis-habisan. haha. tapi saya tak pernah takut atau menangis masa kena buli masa itu. Bila saya fikir betapa kuatnya pendirian saya ketika usia masih terlalu muda:) Tu cerita sampai sekolah rendah.

Sekolah menengah saya da tak kena lagi bernanah-nanah kulit tu. Tapi da menjadi habit menjadi seorang pemalu dan pendiam. Tak da la masalah penyakit masa sekolah menengah.
Ok. sambung nanti la lg... nak sambung lg...
Hemmm. panjang ceritanya yang sebenarnya ni. sebenarnya sekolah menengahla paling dilema dalam hidup saya. Yela baru masuk ke usia remaja kan. Macam-macam perasaan yang timbul. Saya kan seorang yang agak kira skema la. Sampai saya terfikir kenapa saya x semulajadi macam gadis biasa lain. Yang tak kisah sangat pasal pakaian, pasal pergaulan, pasal kelakuan semua. Saya terfikir kenapa saya berada dalam keadaan sekarang (maksudnya masa tu la). Sebab masa tu kawan saya sendiri kata saya ni bosan. sebab dia kata saya baik sangat & dia nak marah pun x sampai hati. Yang lebih x sedap cerita tu dari orang lain dan ke telinga saya. Saya pun katala yang saya ni xdela baik sangat sebenarnya tapi kalau dia sendiri yg dah xsuka nak buat macamana. biarla dia dengan kawan lain. moga dia bahagia camtu.

Tak perlulah cerita pasal kawan. Kata Rasulallah seburuk manusia, adalah yang tak boleh buat teman untuk dirinya... Saya rasa teruk sebab tak boleh nak buat kawan sendiri happy. Tapi saya doakan dengan kawan dia tu dia akan bahagia. Tak perlu datang pada saya jika saya tak buat dia xselesa.

Orang kata saya sensitif. Diorang kata orang kata sikit air muka dah berubah. Tapi bila saya kata balik orang tu pulak terasa. Ntah pape..Padahal lepas tu saya lupa jer. Lagi-lagi orang tu buat muka kesian cerita masalah dengan saya. Bulat-bulat saya boleh terima. Sebab tu saya selalu kena tipu. Tu la bodohnya saya berfikir membuat keputusan. Saya berharap pada Allah elakkan saya mendapat 2 peluang. Biarlah satu dan satu-satunya sahaja yang saya ada untuk pilih. Tapi itu semua ketentuan dari Maha Pencipta. Dia sudah atur yang terbaik untuk hamba-hambaNya...

nanti sambung lg ye... sambungan...
Apabila difikirkan semula, memang manusia itu mudah lupa. bila senang mula lupa pada Pemberi nikmat. Tidak puas dengan kesenangan yang ada malah mahu lebih lagi. Bila Dia dah tarik kesenangan tu baru nak beringat semula. Tu Alhamdulillah Dia masih bagi ruang dan peluang untuk kembali pada fitrah sebenar. Sesungguh nikmat Allah itu melebihi rasa syukur yang kita ada. NikmatNya tak terkira dan Dia hanya mahu kita patuh pada Nya...


Begitulah nikmat kesihatan yang diberikan kepada tubuh badan saya ni. Sememangnya Dia tidak berikan sepenuhNya dan saya ada masalah kesihatan sekarang. Tapi kenapa sejak dulu saya tak sedar untuk menjaga sebaiknya. Saya hanya ambil mudah dengan sakit yang sedikit pada awalnya. Saya tidak begitu hirau dan menganggapnya suatu yang remeh. Saya anggap sakit tu akan hilang jika dibiarkan. Sebab badan kita kan ada antibodi untuk melawan penyakit. Tapi saya lupa untuk menjaga antibodi supaya terus kuat melawan penyakit malah membiarkannya lemah. Akhirnya, saya juga yang susah. Bila sakit berpanjangan dan memburukkan tubuh kenapa mahu menangis? Kenapa bertanya kenapa badan sakit je? Bukankah sudah tahu yang badan sendiri memang dulu selalu sakit? Kenapa tidak dijaga dulu?

Saya tidak tahu sampai bila saya akan hidup. Ajal dan maut ditangan Allah. Tapi saya tak mahu bersedih dan duduk termenung dengan penyakit saya. Saya tak boleh jumpa Allah dengan tangan kosong. Tidakkah saya kufur nikmat dengan tidak mensyukuri nikmat hidup yang Allah berikan? Bersedih hati dengan dugaan penyakit dari Yang Maha Kuasa. Dia menciptakan penyakit dan pasti Dia ada penawarNya. Saya sebagai manusia kena berusaha supaya tidaklah hidup dengan sia-sia bersedih. Bila Dia sudah temukan penwarnya perlulah berusaha mendapatkannya pula. Janganlah selalu beralasan nanti memakan diri.


Berusahalah sedaya yang mampu. Allah Maha Tahu kemampuan para hambaNya. Selalu beralasan tidak memberikan apa-apa manfaat. Nanti kalau tak boleh nak masuk syurga, kita pula tanya kenapa Dia tak bagi kita masuk syurgaNya dan Dia pula sudah sedia alasan menghalang kita dari ke dalam syurgaNya. Sesungguhnya Dia Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana. Kita tak boleh melawan aturanNya. Lebih baiklah ikut aturanNya, berusaha sedaya mungkin. Selagi tidak melanggar syariatNya teruskanlah lakukan yang perlu. Buatlah sebaik dan seikhlas hati kerana Allah. Selalulah berharap keredhaan dan petunjuk dariNya menempuh dunia penuh ranjau ini. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang... Wallahu'alam:)

Cabaran penyakit di malaysia

Masalah kulit Penyakit-penyakit kronik >Jerawat >Sakit/ lemah jantung >Jeragat >Tekanan darah tinggi >Kusam >Diabetes/ kencing manis >Kering >Tinggi kolesterol >Berminyak >Stroke/ angin ahmar >Alahan >Obes/ kegemukan >Kasar >Asthma/ pernafasan >Rambut gugur/ kurang >Kanser (semua jenis) >Kuku tidak sihat Masalah hormon Tenaga & lemah badan >Senggugut yang teruk >Letih/ kurang tenaga >Kitar haid tidak normal >Sakit pinggang >Sukar untuk hamil >Sakit belakang >Keputihan >Pucat & lesu >Mengantuk Tekanan >Sakit tumit >Tekanan darah tinggi >Kebas kaki & tangan >Bimbang/ runsing >Kejang otot >Masalah sukar tidur >Mata sentiasa merah >Sakit kepala >Sakit gigi & gusi >Berkelakuan ganas/ liar >Gusi berdarah Penghadaman/ usus Penyakit-penyakit lain >Kurang selera makan >Tekanan darah rendah >Ketagih makan/ minum >Sinus/ resdung >Angin/ kembung perut >Sumbat hidung/ dengkur >Susah buang air >Migrain/ sakit kepala >Sembelit >Pedih perut/ panas dada >Kencing malam >Anemia (kurang darah merah) >Cirit-birit >Kalenjar (tiroid) >Gastrik >Sakit urat >Sakit perut >Radang sendi >Sakit lutut >Sakit tulang >Sawan >Buasir >Sembelit >Lemah sistem imun >Perut buncit Yang berwarna itu semua masalah saya. banyak kan. sampai mengganggu harian saya. Sekarang masalah tersebut semakin hilang dan saya pun dah rasa lebih sihat. Anda pula bagaimana? masih mahu hidup dalam belenggu penyakit? Atau mahu sihat? Fikirkanlah...............

April 11, 2011

masalah kulit

masalah berkaitan: -kulit sensitif -alahan makanan -tekanan darah rendah -cepat penat (ada sampai pengsan) -kurang vitamin (muka pucat) -kurang keyakinan (masalah kulit dari lahir) -selalu mengantuk dalam kelas -buang air besar 1-2minggu sekali -sakit kepala setiap kali hadapi tekanan terutama exam masalah semua itu berpunca dari satu iaitu masalah kulit sensitif. bermula dengan itu saya bergantung ubat dan menjaga makan. itu awalnya saya ikut tapi lama-lama hati memberontak. saya tetap menjaga makan tapi saya makan x ikut masa. pengambilan ubat pula semakin bertambah seiring pertambahan umur. akhirnya tekanan memuncak bila spm dan seterusnya pelajaran saya menurun. tapi tetap menjaga ranking supaya boleh melanjutkan pelajaran cuma tidak lagi cemerlang. saya selalu menjauhkan diri dan tak mahu menyertai rakan lain kerana tak boleh mengikuti aktiviti mereka dan kebanyakan makanan saya tak boleh makan. lastly, saya menjadi seorang yg murung dan selalu termenung. kalau terlalu berat dengan masalah saya menangis sorang ataupun tidur. dengan harapan apabila bangun saya lupa masalah itu. saya sebenarnya memang xsuka menyusahkan orang sebab dari kecil saya selalu susahkan orang terutama orang2 yang saya sayang. satu hari, seorang kawan mencadangkan 1 produk kesihtn... pada ketika itu saya memg tak tahan dengan kulit tangan yang buruk akibat alahan. dan saya memutuskan ambil produk itu. saya dengar dan ketahui betul2 tentang makanan kesihatan ini. sebab saya betul-betul nak sembuh!!!!! sekarang sudah masuk 3 bulan pengambilan produk dan kulit saya semakin pulih. badan lebih terasa cergas. yang paling penting walaupun saya mengehadkan makanan diambil tapi saya tidak kekurangan gizi.. malah berasa semakin sihat... alhamdulillah. itulah dia HERBALIFE semoga Allah berkati pengambilan produk ini untuk kebaikan genarasi sekarang mahupun generasi akan datang... InsyaAllah. Wallahu'alam.....